My Wedding

Sunday, April 4, 2010

Walimatul Urus ( A Must read)

While searching for the meaning of Walimatul Urus, i manage to find this great article..MashaAllah...I love that they quoted many hadith from our Prophet Rasulullah SAW....


Walimatul Urus Antara Syariat dan Adat
Pendahuluan
Masyarakat Melayu sudah menganut agama Islam sejak 600 tahun dahulu. Menurut sejarah, Islam dianuti oleh sultan Melaka, dan menjadi ikutan kita. Oleh kerana Islam sudah lama bertapak di negara kita, adat-istiadat perkahwinan banyak mengikut syarak. Namun, wujud beberapa perkara yang menjadi tentangan golongan ulamak kerana dikatakan berasal dari India yang mempunyai hubungan yang agak intim dengan agama Hindu. Kertas kerja ini merungkai sedikit sebanyak adat perkahwinan yang menurut Islam dan yang dikatakan menurut agama lain. Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada mereka yang ingin mendekatkan diri kepadanya.
Definisi Walimatul Urus dan Adat
Menurut perkataan walimatulurus berasal dari perkataan “Al-Walamu” yang memberi makna pertemuan. Dinamakan sedemikian kerana pihak lelaki dan perempuan bertemu sewaktu walimatulurus. Manakala, menurut istilah, walimatulurus adalah makanan/hidangan yang disediakan sewaktu majlis perkahwinan.Selain itu, walimatulurus juga didefinisikan sebagai kenduri bagi merayakan pengantin baru, dan walimah adalah suatu jamuan agama, bukanlah jamuan adat
Definisi adat adalah suatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi.
Hukum Mengadakan Walimatulurus
Hukum mengadakan walimatulurus (iaitu menjemput orang ramai ke majlis walimatulurus) adalah sunat muakkad. Malahan, Rasulullah saw sendiri mengadakan walimatulurus.
  • Dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah walimah meskipun hanya dengan seekor kambing” (HR Muttafaqun alaih)
  • Dari Buraidah ra berkata bahwa ketika Ali bin Abi Thalib melamar Fatimah ra, Rasulullah SAW bersabda,”Setiap pernikahan itu harus ada walimahnya.” (HR. Ahmad)
Tujuan Mengadakan Walimatulurus
  • Mengikut Sunnah Rasulullah saw dan ajaran Islam.
  • Mengumumkan pernikahan pasangan yang baru berkahwin.
  • Menggembirakan pasangan yang baru berkahwin.
  • Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.
Hukum Menghadiri Walimatulurus
Hukumnya wajib untuk menghadiri walimatulurus melainkan ada keuzuran.
  • Dari Ibnu Umar ra. Ia berkata : Rasulullah SAW. bersabda : “Jika diundang seseorang diantara kamu untuk walimah, maka wajiblah ia mendatangi atau memenuhinya”.
  • Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. HR Muslim & Baihaqi
  • Rasulullah bersabda, “Apabila seorang dari antara kamu diundang ke kenduri nikah, hendaklah ia datang. Maka, kalau ia berpuasa, hendaklah dia mendoakan, jika tidak, hendaklah ia makan”. HR. Abu Daud
Walaupun begitu, menurut ulama, hukum wajib untuk menghadiri walimatulurus adalah jika pihak yang mengundang membuat perkara berikut:
  • Menjemput pelbagai golongan dan tidak terhad kepada golongan yang kaya sahaja.
  • Tiada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi, majlis tari menari dan nyanyian yang melalaikan.
  • Tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan (ramai antara masyakarat kita yang mengajak rakan-rakan berbeza jantina dan berbual bersama mereka sewaktu walimah).
  • Tiada menggunakan peralatan makan dan minum yang diperbuat dari emas, perak atau sutera.
Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan kepada mereka yang ingin mengadakan walimatulurus
Walimatulurus adalah sunnah Rasulullah, dan Rasulullah pernah mengadakan walimatulurus pada bulan syawal sewakut berkahwin dengan Aishah ra. Maka, dianjurkan untuk mengadakan perkahwinan dan walimatulurus pada bulan syawal kerana Aishah ra menyukainya…
  • Dari Aisyah ra, katanya, “Rasulullah saw menikahi aku pada bulan Syawal, dan menggauli aku pada bulan Syawal (pada tahun-tahun berikutnya). Tiada isteri-isteri Rasulullah yang lebih beruntung berbanding denganku”. (HR Muslim)
Orang-orang yang diundang hendaklah orang-orang yang bertakwa, janganlah dari orang yang fasiq.
  • Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan seorang mukmin, dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertaqwa”. (HR. Ahmad dan dinilai hasan oleh Al-Albani).
Dibolehkan menyediakan bunyi-bunyian untuk memeriahkan majlis.
  • Rasulullah saw bersabda “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana di majlis perkahwinan itu.” (HR Ahmad dan At-Tirmizi)
  • Hiburan yang disediakan hendaklah sederhana dan sopan dan menggariskan hal seperti: 1)tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan 2)nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu 3)tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap ALLAH 4) seni kata nyanyian tiada perkataan cabul ataupun lucah
Janganlah menjemput golongan kaya sahaja.
  • “Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. [HR Muslim & Baihaqi]
Jangan lupa menjemput kaum kerabat dan sahabat-sahabat untuk mengelakkan mereka berkecil hati.
Berniat untuk mengikut sunnah dan memberi kesenangan kepada rakan-rakan yang hadir. Walimatulurus bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan berfoya-foya.
Jangan mengangkat makanan sebelum tetamu habis makan.
Disunatkan menghantar tetamu ke muka pintu. Bermanis muka adalah tanda sifat terpuji.
Ada ulamak menyatakan walimatulurus diadakan selepas malam pertama, kerana Nabi saw tidak pernah mengadakan walimah sebelum malam pertama.
Walimatulurus juga jika boleh, diadakan di masjid.
Perkara yang dititikberatkan bagi tetamu
Memenuhi undangan dan janganlah terlambat.
Jika menerima undangan lebih dari satu, jika mempunyai kelapangan masa, bolehlah pergi ke semua tempat. Namun, jika tidak berkesempatan, boleh pergi ke tempat yang paling awal dan paling dekat antara semua jemputan tersebut.
  • Sabda Rasulullah saw, “Apabila bersamaan dua undangan, maka tunaikanlah undangan terdekat dan jika salah satu daripadanya ada yang lebih awal, maka pergilah ke tempat yang lebih awal itu”.
Hendaklah mendoakan pihak yang mengundang.
Tetamu hendaklah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengantin. Semoga kemaafan ini memberi berkat kepada perkahwinan mereka.
Perkara Bertentangan dalam Islam yang selalu dilakukan oleh orang Islam berbangsa Melayu
Menabur beras kunyit. Ini dikatakan bertujuan menguatkan semangat pasangan pengantin dan menghalau roh jahat.
Membaca jampi mentera dan menyediakan pulut kuning dan telur kepada semangat jahat dan diperasap. Ini bertujuan untuk memelihara majlis perkahwinan dari semangat jahat yang mungkin mengganggu majlis.
Persandingan. Persandingan dilarang kerana mempunyai unsur tabarruj iaitu diperhias untuk dipamerkan. Budaya tabarruj ini dilarang oleh Rasulullah. Walaupun begitu, jika pengantin perempuan begitu menginginkan majlis persandingan, dibolehkan dengan pihak yang menonton adalah ahli keluarga dan kaum hawa sahaja.
Perbelanjaan walimatulurus yang besar. Rasulullah hanya mengadakan walimatulurus dengan buah tamar dan keju. Ini kerana walimatulurus bertujuan menghebahkan tentang pengantin baru, bukannya untuk berhibur.
Kesimpulan
Mengadakan walimatulurus bukanlah suatu adat Melayu, tetapi suatu sunnah yang dituntut oleh Islam, yang sudah menjadi perkara biasa bagi perkahwinan orang Melayu. Maka, orang Islam yang berkahwin mestilah teruja untuk mengadakan walimatulurus kerana padanya ada pahala. Namun, pihak pengantin perlulah betul-betul memahami perkara yang dibolehkan dan perkara yang tidak dibolehkan, supaya perkara yang haram dapat dielakkan. Justeru itu, perkahwinan yang baru dilangsungkan akan diberkati Allah swt.
Rujukan
  • Adnan Hasan Shalih Baharits, Tanggung jawab ayah terhadap anak laki-laki, Jakarta, Gema Ismani, 2005, hlmn 36.
  • Ahmad Salwat Lc, Seri Fiqih Kitab Nikah [Online] (Updated 2009) Available at: http://ebook.kuyokuyo.no-ip.info/_Ahmad%20Sarwat/nikah.doc [Last Accessed: # December 2009]
  • H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, hlmn 6.
  • Jiro Nakamura, Adat & Pantang Larang dalam Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Islam [Online](Updated 2007) Available at: http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/adat-dan-pantang-larang-dalam.html [Last Accessed: 3 December 2009]
  • Muhammad Ali Quthb, Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid, 1995, hlmn 196-200.
  • Mustafa Haji Daud, Perkahwinan Menurut Islam, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors, 1995, hlmn 73-75.
  • Ngaji Salaf, Pernik-pernik Pernikahan [Online] (Updated 2007) Available at:http://ngajisalaf.wordpress.com/2007/07/06/pernik-pernik-pernikahan/ [Last Accessed: 3 December 2009]
  • Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Fatawa Qaradhawi: Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah, Batu Caves, Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd., 2005.
  • Suzana Ghazali, Buatmu Wanita: sebagai anak, isteri… ketahui hakmu. Kuala Lumpur, 2009, hlmn 82-84.
  • Syaikh Abdulllah bin Abdul Aziz bin Baz, Etika Saat Bertamu [Online] (Updated 2007) Available at:http://jogjamuslim.blogspot.com/2007/08/etika-saat-bertamu.html [Last Accessed: 3 December 2009]
  • Wikipedia, Walimatulurus, [Online] (updated 2009) Available at:http://ms.wikipedia.org/wiki/Walimatulurus [Last Accessed: 3 December 2009]
  • Zul Ardhia, Tentang Pernikahan, [Online] (updated 2007) Available at:http://zulardhia.blog.friendster.com/2007/03/tentang-pernikahan/ [Last Accessed: 3 December 2009]
Assalamualaikum wbth… Post ini berkaitan dengan walimatulurus. Alhamdulillah, ramai yang sudah tahu benar dan arif tentang walimatulurus. Namun, LPP membawa hal ini kepada mereka-mereka yang tidak mengetahui. Merupakan salah satu dari kertas projek yang telah saya buat. Ianya tidaklah details, secara kasar sahaja… Diharap semua mendapat ilmu, rahmat dan hidayah dari Allah swt…

16 comments:

PurPLe LaDy AiFA said...

thanks sab! my partner and i dah lama nak buat majlis yang sederhana and x sanding. tapi sebab kedua-dua parents x stuju, payah jdnye. =(

Miss N said...

thanks for the great share~

papaYA said...

Alamak dah terbersanding T_______T

Moose said...

i was planning on not to bersanding and merenjis and whatsnot during my wedding. but i dunno whether mom and dad gonna agree on this or not.. anyhow, thanks for the info.

Zainur said...

InsyaAllah saya bakal bernikah syawal ni. Baru tahu Nabi SAW nikah dengan Aisyah RA masa bln syawal. Great info !

♥ WaWa Vtec ♥ said...

salam sab, good info.

just to share, at some place, ikut adat setempat, tuan rumah mengasingkan tmpt makan muslimin dan muslimat which I find it rare here in kl kan sab..and perhaps one day it'll become more of a common practice.

aziraarif said...

thnx for the info. mybe i bersanding untuk famly shj.

Sabsabby said...

purple lady: sederhana tu very subjective...for org kaya sederhana dia mahal sikit.for org miskin, sederhana dia murah sikit..as ong as we spend within our means, if your parents wants to do a beautiful weding for you..why not??hehehe...


girls, pass this info along, so we can share with everyone...

wawa, i dah pergi a few wedding yg seperate lelaki and perempun..ya Allah, everyone (*yes muslims)punyalah kutuk tuan rumah and kutuk the practise, sbb they have to seperate with theier partners...i sedih sgt dengar its so sad, for something wajib, org kutuk like that...

May All who follows the teachings of the Prophet SAW be strong to endure dugaan in life.Ameen

Maneesa said...

Dear Sab ,
Thank you so much for sharing this information and i would love to read more if you can find on wedding yg tak bercanggah dlm islam.
I admire u for putting the effort to be closer to Him in the things that you do in life and how you perceive your journey =)

Sabsabby said...

maneesa, its a loong more ourney for me and i have a LLLLLOOOT more to learn and practise it real life...inshaAllah, if we all share info, we can help eachother...and make eachother better muslims

Elya Roza said...

dear..thanks for the info!! tapi tu laa...nafsu manusia ni nak buat wedding meriah2 jee kann..ape2 pun..ukurlah baju di badan sendiri kn

roeza said...

Salam,
dear sab...
first of all congrates for ur wedding n u looked so stunning!

this info really open my eyes...
i m getting married end of may, and awalnya nak wat sanding.. but then when i read ur post, i changed my mind...

thanks for the info sab!:D

shapattnson said...

i try not do the berinai but family minta so ikut ajer laa ...

Fathiyah said...

great info!

alhamdullilah, ramai yg dah tak bersanding now days. i think mmg ptt spread dis article lebih meluas. insyallah, sama2 kita tegakkan syariat Islam.

kte pon pernah attend wed yg saperate between man & women. ok je. tetap meriah =)

Norhafizah said...

most of the parents memang suruh bersanding. dr dulu n dh jd culture melayu even origin is from india. apetah lg yg renjis2, tabur beras semua tu

if kite tak ubah persepsi masyarakat, smpi bila2 pon org tetap bersanding. hopefully nnt zaman ank2 kite xde lah sesusah ini untuk menolak yg mungkar. islam pasti akan bangkit. wheather we are a part of it or not. if not.. kita lah yg plg rugi

-thnks sab, for sharing

Unknown said...

salam sab, really great info..will pass this info along and share with my frens..thanx ya..