I found this article which i Think might be usefull for all Muslims out there, I only quoted parts of it......
Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari 'Valentine' ini.
Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.
Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.
'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari 'Valentine'. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.
Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam .
Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita wajib menghindari daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.
Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20100211234215/Article/index_html
Please remind our brothers and sisters.
Wassalam,
Sabby
Giveaway by Ejulz 2024
-
Salam,
Blog walking tadi tengok Kak SA share giveaway ni. So, saje la join for the
first time untuk tahun 2024.
Time zaman menulis blog tengah hot dol...
1 week ago
9 comments:
hurmmm
article yg menarik & informative. for me, everyday is valentine!
ekekeke
yurp setuju ngn sabby!! sumtime kita lupa, org sambut, kita nak sambut but dunno what exactly it's all about.. *sigh
sabby...
nasib baik nad mmg tak pernah celebrate V-day... :)hehe
jupe u mlm ni ok.
sabby ...me n hubby tak pernah celebrate V-day .. coz i always read those meaning of V-day ..apa2 pun happy preparation hiksss ..dan masa V-day bunga sangatlah mahal hiksss ... the good new is my hubby akan datang ke wwedding you yeeppppiiiiii ......!!!!! i hope he will toke a picture just for me ..bole kan ...
sab,thanks sharing dis article :) syukurlah i pun tak pernah terjebak dgn Vday nih.i hope lbh ramai muslim akan sedar ttg hal ni.
i emel u something.check ya.
thanks sabby!
alhamdulillah i still ingt tentang article ni..
and i hepi bila ada org mcm u yg remind others psl vday ini..
terima kasih kerana saling mengingati!!! =)
saya x prnh smbot this V day..merepek..syg hari2 lagi bes kan
oh yes...i agree with everyone for us everyday is a loving day for everybody..hehehe...
fathiyah..i check my email..takda from you...can you send sgain...
Post a Comment