My Wedding

Sunday, November 20, 2011

goood news for bride to b'sss

remember this wedding.....




i think this was one of the most talked about wedding in 2009....

guess what???

aliah has started blogging about it....

visit here:

http://www.aliahnasreen.com/

http://www.aliahnasreen.com/

Hadith of the day:  The Messenger of Allah (peace be upon him) said: “The worst thief is the one

who steals from his own prayer.” People asked: ‘Messenger of Allah! How could one steal from 

his own prayer?’ He said: “By not completing its rukoo and sujood” [Tabarani] 

Friday, November 18, 2011

introducing solids...

i want to share my experience on starting my baby with solids...

it all started when he was 4 months old..he started drinking milk more n more frequent...sometimes every hour he wants to drink milk ( my son is breastfed, alhamdulillah) so everyone said ohh maybe baby dah start lapar, so can introduce slowly makanan...but of course i was very scared to start so early, i just fed my baby with more milk...every hour pun every hour..sanggup...

and then he was 5 months...alhamdulillah my baby size is slightly big...his weight was about 7.5 kgs...but remember this post, where he fell sick...yes it all started from there...he started loosing weight....sbb tak minum byk...after that when he felt better, he started gaining back his weight...alhmdulillah...

but he i can see a change in him...he is very uneasy... moody...and malam, he wakes up sampai 10 times minum susu je...people told me many times, maybe he is hungry, u can start feeding him, coz he was showing all the signs...he was moody, suka tgk org makan....he is always moving his mouth everytime he sees food..everyone said maybe i should feed my baby early..

n then the next week, he was still uneasy...he shouts n cry n pretty much the whole night dia nak feed je...n to make things worst, he pee and his poo poo...makin kurang...after half day of weating diapers, sometimes still kering je diaper dia...but i told myself, takpa 1 more week je..coz takut my baby is not ready

so the next week alhamdulillah  1 started feeding him...i baught rice cereal, then put a bit of milk..n then i fed him...tapi very cair..and i did that for 2 weeks..coz many websites i read yang instruct how to start feeding ur baby solids.

finally 2 weeks ago, my baby was shouting n shouting when everyone was eating...n my mum said bagi jelah ur baby bubur..just masak for him bubur, blend n give him..stop giving him all this rice cereal yg instant..n that is what i did..i masak bubur nasi n rebus with carrot, n i fed him...n for the first time he makan, kenyang n he was quiet...my mum said, see ur baby is so happy alhamdulillah...

n for a few days, i fed my baby 3 times a day rice with veggies...n mashaAllah he has been such a pleasant baby since then..tak bising...he will play, n malam he will just drink sikit n sleep..around 3 kali je he will wake up for milk...

so yes... my mum was right..i should have just fed him earlier...even my sisters pun sedar, n said ur baby now dah more calm...

i know i should have started feeding him earlier..but i was stubborn, i thought what i read online is better than what my mum, mother inlaw, aunties experienced with anak2 diorg.....

now ive learnt sometimes, org org tua do know better..than me yg sibuk find information online je..hehehe...lesson learnt..maybe breastfed babies, can eat slightly earlier, coz our milk cepat process so they get hungry faster..but it all depends on each baby's individual development..remember every baby is different...ada babies yang tak ready to eat earlier then 6 months...


but it wasnt too late...alhamdulillah..its all a learning process for me...

Thursday, November 17, 2011

bertudung kerana terpaksa??

Bertudung kerana terpaksa?



SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut. Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher). Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat.

Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh. Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya. Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka.

Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya. Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang. Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin... - Diera –



JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-


1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :- • Aurat wanita apa sudah jadi? • Wanita, aurat dan Kerjaya Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu. Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom ( UK ), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK .

Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain. Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).! Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambaNya. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam. Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidakmelaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.


2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung. Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat. Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BERDOSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT. Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak. Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh.

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :- خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه .. Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)


3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah. Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi. Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenarnya adalah sebahagian dari mereka kerana : Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat. Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi. Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah. Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.


4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah. Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini. Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

http://www.facebook.com/notes/hani-solehah/bertudung-kerana-terpaksa/487709037081

b





LayarMinda on Wednesday, October 27, 2010 at 4:03pm

Sunday, October 9, 2011

baby update

alhamdulillah baby boy now is 6 months old...

i have to say, i love being a mummy...i love playing wth my baby...he is so responsive...mashaAllah...

so far alhamdulillah he can sit and play...and he loves the playpan...seriously i dont think i can survive without the playpan...n the latest thing he can do this week, is berdiri inside the playpan while holding the sides.....hehehe...i think soon playpan pun dia dah taknak...but cousins dia kadang2 semua duduk dalam playpan, n he pun will happily sit with them..hehe...i dont knw why diorg suka main sempit2 dalam tu...

now he dah start makan.i waited sampai 6 months baru start, even though he is an above everage size baby..mmg towards the end tu, susah nak tido malam, i think because he was lapar...

..now dah pandai sit on highchair and bumbo kalau nak makan...food dia slowly makin pekat..hopefully in 2 weeks i will slowly start introducing food like carrots and stuff...

Alhamdulillah last month he went for his first overseas trip..but dekat je, to singapore...masa pergi, because we naik firefly, n kan nak jalan to the plane, u can actually hear the loud engine sound...baby boy was a bit scared, n he cried.n it was a bit susah for me to calm him down during the take off..but alhamdulillah after 15 mins, he slept...but i had to apologise coz baby boy cried quite loud awal2 tu...

masa balik, we took MAS, and alhamdulillah they upgraded me...so comfortable..no loud engine sound, so baby boy just minum susu, n terus tido...n seat besar, it was much easier to feed him, n pegang him...

baby boy loves playing with his feet...

Sunday, October 2, 2011

Shirk

Praise be to Allah SWT
 
salam everyone..... 
Jazzakallah Khair(thank you very much) for your time. Its been a long time, so i've decided to share something i've learnt in my aqidah class. Amazing MasyaAllah, free classes in english so please if anybody is interested kindly join.



 Before class i didnt even know the difference between akidah and tauhid, and now i know....


->which is for the first 13 years of Islam, Rasulullah SAW only concentrated his da'wah on tauhid alone before teaching them to do Ibadah, which shows how important it is for us to understand the whole concept of Aqidah. May Allah SWT open our hearts to gaining all knowledge...Ameen....
 
,before i share i need to clarify that i have a lot more to learn on this topic, so should you find any error in my writings/find a stronger dalil do correct me, i would really appreciate that.
 
Since small we have learnt that one of the things Allah SWT dont forgive us in the act of shirk (THE biggest sin), indeed it is not just a big sin, Allah SWT will not count ANY good deeds that is done in their lifetime and they shall remain in Hell forver even if he is someone "yg beramal soleh".
 
Allah SWT mention in Surah al-nisa 4:48 --> Surely Allah does not forgive that anything should be associated with Him, and forgives what is besides that to whomsoever He pleases; and whoever associates anything with Allah, he devises indeed a great sin. 
 
Surah al-An'am 6:88 --> This is the Guidance of Allah with which He guides whomsoever He wills of His slaves. But if they had joined in worship others with Allah, all that they used to do would have been of no benefit to them.
 
Please also refer Surah al-zumar39:65, Surah al-Hajj22:31, Surah al-Ma'idah5:72, Surah Luqman 31:13, Surah al-Shu'ara'26:97-98
p/s:For convenience please go to www.searchtruth.com
 
Big Shirk is devided to 8 parts and And the no 4 is shirk taat/patuh. In this topic, i've learnt that whoever that obeys the scholars, the rulers, parents, friends or just anybody, BUT forbiding what Allah SWT has made halal and permitting what Allah SWT has made haram has certainly taken them as Lords (commit shirk). We will be no different from the yahudis and nasranis. 
 

Why Allah SWT punish us so harshly is this issue? its because Islam is not just a religion, Islam is a way of life...Its the perfect way of life and ALL example ware shown by Rasullulah SAW and his sahabah during their lifetime, and us changing it and making it our own meaning we are saying that we are greater than Islam and we are greater that Allah SWT and our version of Islam is better. in this world, Allah SAW left one thing that is perfect for us which is the Quran, so there should be nothing in there that we should add and nothing in there that we should subtract.

 
Please tell this to the everyone we love,so we make them amongst those with Iman, and May we be away from practising any shirk that we know, or we don't know....



Allah SWT knows best...

Sunday, September 11, 2011

viral fever...

baby boy had very bad demam hari tu, i saw a few doctors, because time raya mmg susah nak cari pead...finally after 4 days demam, we decided to bring him to the hospital, n he got admitted due to dehydration...he tak nak minum at all....

on the 2nd day at the hospital, finally doctor diagnose him with roseola virus...hmmm i wonder who jangkitkan to him...personal advice: please try not to kiss kiss any babies kalau tak sihat..kesian baby jangkit nanti...

alhamdulillah 3 days later he got aloooot better...he started bfeeding again..alhamdulillah...

because dia tak breastfeed for 3 days, my susu production terus drop, like by the 3rd day, mmg i sedar i disnt have any milk, pump pun 1oz je keluar.....ya Allah , i panic for a while...coz everytime my baby boy minum, he will cry n marah coz tak cukup susu....so to tambakhan susu i did the one thing  i knew would help me....drink alot  and eat alot more...now 3 days later, alhamdulillah my milk production is back to normal..so mothers out there..dont give up breastfeeding...even when tak cukup, just eat more, n drink more, inshaAllah susu akan cukup...and make sure baby latch on...

Friday, September 2, 2011

facebook....

Finally i have a facebook page for my blog...

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002847595843

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002847595843


do add me here...ive been wanting to update with more stories, but dgn dukacita, bila i share something in blog, somehow ada org  yang akan terasa/sakit hati/ marah and comment some very inappropriate things....